Zuraida kecam PKR pilih bulu pecat 2 ahli

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mengecam tindakan “berani” partinya memecat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi ahli di Pahang yang disifatkannya pilih bulu.


“Saya katakan berani kerana tindakan ini benar-benar dilihat sebagai suatu langkah reformasi dalam parti, reformasi yang membawa rebah.

“Pemecatan yang dilakukan itu hanya akan mendatangkan tanda tanya apakah ia dilakukan dengan memilih bulu memandangkan hanya individu tertentu yang dilihat berpihak pada pimpinan tertentu saja diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim mengumumkan pemecatan Zakaria serta ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi.

Baca Seterusnya..